Amanda Holden
Amanda Holden

Amanda Holden

Amanda Louise Holden (lahir 16 Februari 1971)[2] ialah seorang pelakon dan personaliti media England. Sejak 2007, beliau merupakan juri untuk pertandingan pencarian bakat Britain's Got Talent di ITV.Holden melakonkan watak tajuk dalam persembahan pentas muzikal Thoroughly Modern Millie pada 2004, yang mana beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Laurence Olivier. Beliau melakonkan watak Sarah Trevanion dalam siri drama ITV Wild at Heart (2006–2008).[3] Kredit lakonannya yang lain termasuk The Grimleys (1998–2001), Kiss Me Kate (1999–2001), Cutting It (2002–2004), dan Big Top (2009). Holden juga mengacarakan pelbagai rancangan ITV, termasuk The Sun Military Awards (2009–2014), Superstar (2012), This Morning (2014–2018), Text Santa (2015), dan Give a Pet a Home (2015).Pada tahun 2019, Holden menjadi pengacara bersama rancangan radio Heart Breakfast bersama Jamie Theakston. Pada tahun berikutnya, beliau melancarkan album studio sulungnya, Songs from My Heart.[4]